kLik!kLik!!!

Sunday, January 23, 2011

tAngAN yANg di AtAs lEbiH bAiK dAriPadA tAngAn yAnG di BawAh

عن حكيم بن حزام رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم
قال: اليد العليا خير من اليد السفلى, وأبدأ بمن تعول, وخير الصدقة عن ظهر غني.


Dari Hakim bin Hazam, sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W bersabda:  TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG DI BAWAH, dan dimulai dengan orang-orang yang di bawah tanggungan,  dan sebaik-baik sedekah ialah yang lebih daripada keperluan keluarga.

Ingatlah sesungguhnya pemberian yang paling utama dan paling elok adalah dari mereka yang tidak ada apa-apa, tetapi mereka tahu nilai senyuman dan kata-kata yang sopan. Kerana ramai yang memberi, tapi disusuli dengan kata-kata yang tidak elok didengar, seolah-olah bukan pemberian yang dihadiahkan, melainkan satu tamparan kepada si penerima. Oleh itu, ikhlaskan diri di atas tiap seesuatu yang kita lakukan, niatkan hanya kerana ALLAH…insyaallah akan bertambah berkatlah rezeki yang kita perolehi.

2 comments: