kLik!kLik!!!

Friday, January 28, 2011

sMiLe...sMiLe...sMiLe...


Alangkah cantiknya makhluk ciptaan Allah apabila tersenyum..
Betapa indahnya budi pekerti apabila pertemuan dimulai dengan senyuman…
Senyumlah seindah suria…           
Kerana dengan senyuman mu itu terjalinlah ikatan…

Usah dihitung nilai sebuah senyuman..
Kerana nilainya terlalu tinggi, terlalu berharga…
Memanglah tidak perlu membayar senyuman yang diberikan..
Tapi nilai senyuman itu terbukti berharga bagi orang yang melihat kita tersenyum…

Bayangkan sehari tanpa senyuman..
Konon-kononya untuk boikot senyuman…
Dah boringlah asyik tersenyum bila jumpa kawan..
Tak nak lah senyum pada awak lagi…
Penatlah mulut nak ukir senyuman…
Ada lagi yang kata, senyuman saya tak cantikla..
Tu yang malas sangat nak senyum…

Apalah salahnya murahkan senyuman mu itu,
Kan ke senyuman itu satu sedekah,
Tak payah nak keluarkan modal pun,
Just bermanis mulut je…
Tak susah pun nak senyum..
Rasanya nak tarik muka masam lagi la susah..
Betol tak?????


“Senyumlah…senyumlah aha cik mek molek…”

4 comments:

  1. Kekadang senyum kat orang, orang pandang lain macam!Siap jeling plak tu....

    ReplyDelete