kLik!kLik!!!

Saturday, January 8, 2011

wiRa hATikU


Wira hatiku,
Tiada siapa yg tahu,
Bahawa kasih  ini ku tuju kan pada mu,
Meskipun kurasakan mustahil untuk ku ,
Tetapi ku tahu Allah maha mengetahui hasrat hatiku.

Wira hatiku,
Pada mu terhimpun pekerti tinggi,
Padamu tergambar kelembutan dan kebijaksanaan hakiki,
Senyumanmu manis menenangkan hati,
Hatiku yang satu,
Hanya untukmu ku abadi.

Wira hatiku,
Sedari awal kulihat dirimu insan mulia,
Terlalu baik buat dirikuyang hina,
Tapi diri ini menyintai kebaikan dan keindahan akhlakmu,
Latas pada mu kuletakkan harapan,
Adakah kau tahu, adakah kau merasai,
Insan daif ini menangis dlm kerinduan dan penuh pengharapan.

Wira hatiku,
Tidak mampu kusampaikan bicara hati ini,
Lantaran hinanya diri, rendahnya pekerti,
Meskipun cinta dan perhatian daripadamu kudambakan,
Terasa betapa kerdilnya diri ini,
Terasa tidak layaknya untuk memiliki hatimu yang suci.

Wira hatiku,
Adakah kau akan hadir untuk menyelamatkan jiwa yang lesu ini,
Adakah kau akan dapat merasai kewujudan perasaan kudus ini,
Lantaran aku ini tidak pandai menunjukkan perasaanku padamu,
Walau hatiku amat berdebar dan kakiku goyah tatkala melihat dirimu.



(psikologi cinta,dato' dr. mohd. fadzilah kamsah, pts publication&distributors sdn.bhd.)

No comments:

Post a Comment