kLik!kLik!!!

Saturday, June 25, 2011

sori...sayang!!!

salam buat semua....

nak buat ape ek? tak tau nak buat apa, tapi nape la malas sangat nak buat entry.


awak... saya rindula pada awk. jgn lah marah-marah sy ganggu masa awak keje. awak kan tau saya takde kerje. yang saya tau, saya suka ganggu awak...hahaaha...!!!

korang pernah ke kena marah sebab suka ganggu orang? ala, orang tu pun satu... tak pandai nak hargai orang yang dah susah payah nak rindukan dia. bukan senang nak jadi orang yang dirindui. bangga apa.... tapi dia tak, suka, melatah nak marah...tension konon.

takpela... lepas ni saya tak ganggu awk,k...!! sori la sayang...

Wednesday, June 15, 2011

tAk pErLu kAtA aPa-ApA

salam keceriaan buat semua. semoga hari yang indah memberi sejuta keindahan dalam hidup kita.

lupakan semua sengketa. mulakan dengan kedamaian. biar tenang hati mu. kerana kita hidup bukan untuk bersedih.

kala derita melanda, tabahkan hati... ingatlah hidup ini satu perjuangan. perjuangan yang belum selesai selagi kita masih bergelar hamba Allah. banyak ujian dan dugaan yang harus ditempuhi. cekalkan hati mu... pandanglah dunia dan kehidupan ini dari sudut yang positif.

nescaya hidup mu akan lebih gembira apabila tidak terlalu memikirkan yang susah-susah. jalani lah hidup ini apa adanya. jangan meminta lebih dari kemampuan. tak salah mengharap dan berusaha, cuma jangan lebih-lebih sangat. kalau kecewa pun tak lah sakit sangat.

Sunday, June 12, 2011

bUat bOdOh jer

alamak....!!! dah berhabuk la kat cni. lama sgt tak update.kadang2 terfikir nak menyepikan diri... kadang2 lagi boring bila tak online ni. apa la nak jadi dgn pemikiran ni...

wahai pemikiran...fikirlah positif. hidup mesti diteruskan walau banyak ujian dan halangan yang harus ditempuhi. adatlah dunia, tak penuh sunyi dari ujian. yang penting ambil yang jernih buang yang keruh... maknanya fikirlah sendiri....!!


janganlah ambik kisah sangat apa orang kata pada kita.. kalau betul apa yang dikata, berubahlah buat baik... lau orang mengata bukan-bukan, biarlah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. buat bodoh jer.... lau terlalu memikirkan nanti kita gak yang akan stress...!!!!

Friday, June 3, 2011

sELamAT pENgaNTiN bARu


Huh…!!!!!!  Ramainya orang  dah kawin.  Semua berebut  buat musim cuti sekolah. Padahal yang kawin nya bukanlah cikgu-cikgu. Dan takkan mungkin budak-budak sekolah lak.

Tak kisah lah… yang penting selamat pengantin baru buat yang baru melangsungkan perkahwinan. Semoga perkahwinan mendapat keberkatan Allah dan restu keluarga. Hiduplah aman damai dan amalkan toleransi. Insyaallah takkan rugi mengalah demi yang tersayang.

Apabila tiba musim orang kawin ni, sayu je rasa hati… yela, tengok orang gembira dan meriah je majlis..
Jeles tau..!!! bila la akan dapat merasa semua tu…eeeiiiii, tak sabarnya. Tapi sayang nye, jodoh tak sampai lagi.  Yang tak suka nya, ramai yang asyik tanya bila nak kawin…????  Ala makcik ni…bukan tak nak kawin tapi tak sampai masa lagi. Janganlah asyik tanya soalan sensitive gitu.

Sedihnya…. Saya nak kawin cepat-cepatlah. Tak nak jadi andartu…!!!!!