kLik!kLik!!!

Tuesday, January 25, 2011

keAmpUNan Mu yA AllAh


Ya Allah,
Berilah aku ketabahan untuk mengharungi ujianMu ini
Sesungguhnya aku insan yang mudah lupa dengan nikmat pemberian Mu
Apatah lagi untuk bersyukur
Aku sering lupa pada Mu
Tapi Engkau tak pernah lupa untuk mengurniakan rahmat dan nikmat Mu yang menggunung tinggi kepada ku

Ampunkanlah diri ini yang sering lupa untuk mengejar cinta Mu
Walau ku tahu cinta Mu yang hakiki, yang abadi, yang membahagiakan dan semurni cinta
Tapi diri yang lalai ini sering mendambakan cinta dari insan ciptaan Mu tanpa mendahulukan cinta kepada sang Pencipta
Betapa hinanya aku sebagai hamba yang sering melupakan Mu

Kini setelah dikecewakan baru ku tahu betapa tinggi nya langit yang kujunjung selama ini
Baru kusedar betapa cinta Mu pada ku tidak pernah pudar dan berkurang buatku
Berbanding cinta sesama manusia yang hanya bersifat sementara dan mudah berubah
Alangkah indahnya jika aku menyedari dari dahulu lagi
Lantas cinta ini kuserahkan kepada Mu dan rahmat Mu ku dambakan.

Ku harap penyerahan cinta ku kepada Mu masih belum terlambat
Terimalah taubat ku ya tuhan ku, allahu rabbi…
Terimalah cintaku ini dan maafkanlah diri ini di atas dosa dan kesilapanku terhadap Mu selama ini

2 comments: