kLik!kLik!!!

Friday, March 18, 2011

tiPS rApAtkAN hUbUngAN


Adakah kita mudah mesra dengan orang yang kita sayang dan orang sekeliling? Dengan kata lain “friendly”…? Ada jugak yang panggil mesra alam…..! kita termasuk dlm kategori tu ke?

Banyak untung nya jadi orang yang friendly ni…. Mesti ramai kawan sebab kita mudah didekati. Lagipun orang yang friendly ni biasa nya bukan jenis yang sombong atau suka berkira. Malah lebih memahami orang lain.
                                                                                  
Ada beberapa cara untuk rapatkan kemesraan yang boleh kita kongsikan bersama. Pasti ramai yang tahu dan dah amalkan pun…bagi yg dh amalkan baguslah… sy Cuma nk berkongsi dgn teman-teman yg sudi. Kan hidup ni kena saling mengingatkan yang terlupa dan ajarkan pd yang kurang tahu….!

So antara cara rapatkan kemesraan:
KETAWA- ketawa lah dengan orang yang kita syg. Bukankah “ ketawa itu penawar duka”…? Apabila kita ketawa, kita pasti dapat merasai segala kebahagiaan bersama orang yg kita syg…

BERI BANTUAN-  ringankan tulang mu….pasti ramai yg akan tertarik. Berikan pertolongan tanpa disuruh pasti mampu membuat pasangan kita tersentuh hati dan rasa dihargai.

PENDENGAR SETIA- mendengar tidak semestinya memberikan pandangan kita atau nasihat. Setakat mendengar itu sudah memadai.. pinjamkan telinga mu untuk yang tersayang.. dengar dengan ikhlas dan jgn agp itu bebelan…

MEMAHAMI- faham diri orang yang kita syg..ingatlah bahawa tidak ada yg sempurna di dunia ini.  Janganlah mengharap yang lebih-lebih. Apabila kita fahami orang lain, insyaallah orang pun akan fahami kita.

PUJIAN- siapa yang tak suka dipuji….? Kalau kita mengharapkan pujian orang, apa salahnya kita pun rajin-rajinlah puji orang lain. Dengan syarat pujian yang ikhlas. Maniskan miulut memberi pujian walau dalam hal yang remeh.

Ayuh sama-sama kita tingkatkan kemesraan kita…pasti hidup akan lebih bermakna.

6 comments:

  1. akak menepati semua ciri2 yg diatas!!!! heee..

    ReplyDelete
  2. betul2.eratkan silaturrahim antara kita?

    ReplyDelete
  3. Pujian yang ikhlas menaikkan semangat, memberi motivasi dan membuat kita yakin. Contohnya... Blog ni kemas lah, cantik, suka tengok font dia. :-)

    Thank you for visiting!

    @Coffee Girl

    ReplyDelete
  4. gua mesra alam tak? hehehe

    ReplyDelete