kLik!kLik!!!

Tuesday, March 22, 2011

fEsYeN tERkiNi



“Katakanlah kepada orang yang beriman lelaki supaya merendahkan pandangan (dari melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka lakukan.
Katakanlah kepada orang-orang yang beriman perempuan supaya merendahkan pandangan dan kehormatannya dan janganlah memperlihatkan perhiasan kecuali apa yang lahir daripadanya. Dan hendaklah mereka tutupkan tudungan ke lehernya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudara lelaki, anak saudara yang perempuan,perempuan yang muslimah, hamba sahaya nya, orang-orang yang mengikutnya di antara lelaki, yang tidak berhajat kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum (ingin) melihat aurat perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menghentakkan kakinya supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah an-Nur ayat 30-31)    

Aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya kecuali muka dan hujung jari hingga ke pergelangan tangan. Tapi masih tidak dikira menutup aurat dengan memakai pakaian yang ketat sekalipun tertutup rapi… dengan fesyen sekarang, banyak yang mengeksploitasi perempuan. Bukan salah fesyen, tapi salah kita yang memilihnya.. pilihlah yang terbaik untuk diri kita dan agama kita. Dengan kuasa sebagai pembeli, kita berhak memilih….

Wanita yang ideal adalah wanita yang tidak akan diubah oleh arus dunia… tetapi dia yang akan mengubah dunia dengan “AKHLAK & IMANNYA”…..!!!

Hargailah dirimu kerana dirimu begitu berharga….

2 comments: