kLik!kLik!!!

Wednesday, March 23, 2011

tiPS mEmiKaT





Tips memikat hati orang yang disayangi:

Tentu pelbagai perasaan  timbul bermain difikiran untuk menghadapi pertemuan dengan orang yang kita sayang terutamanya pertemuan pertama (first date). Perasaan risau, bimbang, takut, cemas, suka dan sebagainya pasti bercampur baur. Macam mana agaknya penerimaan dia terhadap kita?
Jangan terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Yang penting tenangkan hati dan fikiran. Cuba beberapa tips dibawah ini. Manatau pertemuan pertama itu akan menjadi kenangan yang paling manis buatmu dan bermula lah episod indah dalam hidup kalian.

Penampilan menarik
“First impression is important”. Sesungguhnya penampilan pertama akan mencerminkan personality anda. Oleh itu pastikan pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan majlis atau tema pertemuan. Elakan penampilan yang selekeh dan berserabut. Muka tak cantik tidak mengapa asalkan menarik dan bisa buat orang terpikat dengan penampilan mu yang kemas itu.

Jaga tingkah laku
Wujudkan ruang yang selesa antara anda berdua supaya lebih mesra dan tidak teragak-agak untuk berbicara. Jika anda lelaki, tunjukkkan sikap “gentleman” dan ke “macho” an anda. Pasti pasangan akan terpikat. Kalau anda perempuan tunjukkan sifat lemah lembut anda semasa berbicara dan makan. Tapi jangan terlebih manja dan mengada-ngada. Sebabnya lelaki pasti fikir bukan-bukan tentang anda.

Jangan lewat
Perkara paling utama ialah tepati waktu. Jangan sampai terlewat dari waktu yang dijanjikan. Semua orang tidak suka menjadi penunggu. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.  Jadi tingkatkan disiplin diri supaya dirimu tidak di “reject” semasa pertemuan pertama.


Amalkanlah tips ringkas ini, pasti hidup mu akan disayangi. Sesungguhnya semua orang akan terpikat dengan sifat baikmu itu. Baik luaran dan dalaman iatu baik dari segi penampilan dan sikap mu. Semua akan terserlah pada pertemuan pertama.

2 comments:

  1. jadilah seorang pendengar yg setia..pasti akan disenangi...

    ReplyDelete
  2. patutlah ramai tpikat pd akak

    ReplyDelete