kLik!kLik!!!

Friday, April 1, 2011

tABiAt bUrUk


Tabiat buruk yang tidak disukai pasangan
                                                                                                                                                            
Ego

Elakkan bersikap ego kerana ia sikap yang tidak disenangi oleh sesiapa pun. Ego boleh dikaitkan dengan kesombongan diri. Makin tinggi ego, makin kuranglah teman di sisi. Maka makin menjauhlah orang yang disayangi. Ini kerana sikap ego menyebabkan kita susah menerima pendapat orang lain dan suka menyalahkan orang lain.  Ayuh turunkan ego kita nescaya kita tak kan menyesal dengan hasilnya.


Tunjuk pandai

Sekalipun kita pandai, janganlah berlagak sangat. Siapa lah sangat kita sampai sampai nak menunjuk-nunjuk pandainya. Manusia penuh kekurangan. Meskipun kita pandai dalam sesuatu hal, mesti akan ada ketikanya kita tak pandai dalam hal yang lain. So jangan nak tunjuk pandai seakan-akan anda tahu segalanya. Nanti kalau silap buat malu je. Langkah paling bijak adalah tengok keadaan, waktu bila yang paling sesuai untuk anda memberi pendapat atau nasihat. Tak naklah pandai bagi nasihat tapi diri sendiri entah ke mana.


Pengkritik

Apabila bersama yang tersyang, janganlah suka mengkritik pasangan atau apa yang terjadi di sekeliling. Kita sendiri pun belum tentu sempurna untuk mengkritik orang lain. Makin kita hormatkan orang lain, mesti pasangan kita akan lebih mengagumi kita. Kalau ada yang tak betul pada pandangan kita,maka tegurlah secara beradab.  Adakah kita sedia dikritik? Jangan takut pada kritikan yang membina.

4 comments:

  1. tunjuk pandai???rasanya setuju juga dgn post ini.........emmmm

    ReplyDelete