kLik!kLik!!!

Monday, April 11, 2011

jAngAn mALaS-mALaS

salam pagi yang penuh keceriaan dan keberkatan buat semua


keluarlah mencari rezki di awal pagi biar bertambah murahlah rezki kita. jangan sedih-sedih di awal pagi. takut nanti rezki lari. tapi kan ramai yang moody awal pagi dan malas nak pergi kerja atau kelas. tambahan lagi hari ni kan hari isnin.


anak saudara saya yang darjah satu pun pandai mengeluh tak nak pergi sekolah hari ahad. di Kelantan kan sekolah hari Ahad. macam-macam lah alasan dia, sakit kepala... pening... sakit perut... alahai budak, dah pandai bagi alasan. yela, hari ahad kan biasa ada perhimpunan pagi. dahla balik lewat sikit.


teringat zaman kecik-kecik dulu pun lebih kurang begitu jugak. sampai dah besar pun masih ada lagi ada rasa malas. padahal dah tau tak elok malas-malas dalam mencari ilmu atau rezki.


ayuh kita kurangkan malas tetapi tingkatkan tahap kerajinan kita...

2 comments:

  1. Teringat juga zaman bebudak dulu.. kalau hari isnin sampai khamis tu... mmg masa malas betul.. kalau hari jumaat awal awal pagi dah rajin bangun.. maklumlah bila tgh hari dah dapat balik rumah

    ReplyDelete
  2. nak rajin nak rajinnn.

    ReplyDelete