kLik!kLik!!!

Wednesday, February 2, 2011

mAn AnA..(siApa Aku)


Ragut? Huh sungguh menakutkan…! Dengar orang kena ragut pun dah takut,apatah lagi kalau alami sendiri..(mintak-mintak dijauhkan).. kasihan pada jiran kena ragut tadi. Nasib baik dipanjangkan umur. Bukan sekadar semua barang diambil, malah dapat sakit-sakit.

Zalimnya golongan peragut, malah orang-orang jahat yang lain. Ingat dia berhak ke mencabut nyawa orang..? Ni yang geram sangat, lepas ambil beg dalam raga motor terus tolak motor ke tengah-tengah jalan. Nasib baik kereta kat belakang perasan dan sempat berhenti. Padahal kat jalan besar dan waktu balik kerja yang sibuk..  Alhamdulillah selamat walau sakit sikit.

Itulah yang dikatakan ajal maut dan hidup kita ditentukan oleh Allah. Kat mane-mane sahaja boleh berlaku dan tanpa pengetahuan kita. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, dan Allah jua lah tempat kita kembali. Yang penting jagalah diri kita, berdoa semoga kita selamat dunia dan akhirat. Biar mati kita dalam keadaan baik dan hus nul khatimah(kesudahan yang baik).

“sesiapa yang pada hari ini lebih baik daripada semalam,dia adalah orang yang berjaya.

Sesiapa yang pada hari ini sama sahaja dengan semalam, dia adalah orang yang terpedaya.

Manakala sesiapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, dia adalalah orang yang celaka…”

Agaknya dalam golongan manakah kita?

3 comments: