kLik!kLik!!!

Saturday, February 5, 2011

kiTa kAwAn kAN????

Alkisahnya ….Dalam hidup ini bukannya senang nak mendapat kawan yang baik…Sebabnya kita sendiri pun susah nak jadi kawan yang baik kepada kawan kita sendiri…..Ini tak lain tak bukan kerana kawan yang baik adalah orang yang tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya, malah tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya,Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu dan mendorong kawan baiknya untuk mencapai kejayaan tak kisahla dalam apa hal sekalipun asalkan yang baik-baik. Kawan yang baik tak pernah pun cuba mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia, Malah kawan baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan setap masa. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari ketika dalam kesusahan atau kegembiraan, Kawan baik  sentiasa bersedia memberi pinjam telinganya untuk kawan baik bagi memberi peluang kepada  kita untuk meluahkanperasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya setap masa bahkan tak pernah melarang kawan baiknya berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang terbaik untuk kawan baiknya.Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteran dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doa nya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, Kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. Jangan mengharap orang lain je yang mesti menghargai kita.  Di samping itu,Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.  Dan kesimpulannya kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita. Susah sangatke…? Rasa nya tak la susah sangat kalau ikhlas dalam persahabatan dan terima hakikat yang kita sendiri pun tak sempurna. Nobody perfect, but everybody must seek for the perfection in our life……
Kita kawan kan………………? So tak payah nak bergaduh-gaduh berebut kawan. Jadilah kawan yang terbaik untuk kawan baik kita and friendship forever and ever……..!

4 comments:

  1. semua org xsempurna kan ~ so terimalah kawan2x kite seadanya ~

    ReplyDelete
  2. sebetulnya susah untuk kita menjadi kawan baik kepada sesiapa jika hati kita tidak bersih!

    ReplyDelete