Duhai ibu
Terima kasih sanggup mengandungkan kami anak-anakmu
Dengan penuh kesusahan ibu harungi sehingga menunggu saat kelahiran
Terima kasih kerana telah melahirkan anak-anakmu ini
Nyawa mu sanggup kau pertaruhkan demi permata hati yang bakal melihat dunia
Terima kasih ibu ku sayang kerana telah menyusukan kami
Dengan susu mu itu kami mula membesar dan kenyang
Terima kasih membesar dan mendidik kami
Dengan penuh kasihsayang dan kesabaran
Terima kasih kerana memahami diri ini
Saat kami mula mengenal kehidupan
Kau tak jemu-jemu mengajarkan apa yang baik dan buruk
Segala kemahuan akan kau tunaikan
Walau dirimu kepenatan
Kau masih mampu tersenyum melihat telatah anak-anakmu
Bagi mu anak-anaklah harta dan amanah Allah yang perlu dijaga baik-baik
Kami beruntung menjadi anak mu
Kadang kami tersasar ke jalan yang berliku
Kau hadir menyedarkan kami
Memberikan kami semangat untuk kembali ke jalan yang diredhai
Katamu akulah anakmu
“Walau seburuk mana pun kau tetap anakku yang dianugerahkan Allah”
Segala pengorbananmu itu sangat kami hargai
Tak terbalas segala jasa mu itu
Maafkan kami anak-anakmu yang selalu cuai dalam mentaati mu
Maafkan kami yang selalu menyakiti hati mu
Maafkan kami yang selalu mengecewakan mu
Maafkan kami yang kadang-kadang mengabaikan mu
Duhai ibu ku sayang
Terima kasih terima diri ini
Maafkanlah atas kekurangan
Aku sangat menyayangi dirimu
Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga
happy mother's day :)
ReplyDelete:'(
ReplyDeletebeautiful!! selamat hari ibu!
ReplyDeletehepi mother's day semua ibu2...!
ReplyDelete