kLik!kLik!!!

Monday, January 31, 2011

jOm bErEbuT...!


“Verily Man is in loss, except such as have Faith,
and do righteous deeds, and (join together)
in the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy”
-Al-Asr-

Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara;
  • Muda sebelum tua  
  • Sihat sebelum sakit
  • Kaya(senang) sebelum miskin(susah)
  • Masa lapang sebelum sibuk
  • Hidup sebelum mati

Tapi kita jarang bersyukur dengan apa yang kita sedang lalui. Kita hanya membayangkan kebahagiaan yang dihadapi oleh orang lain. “Bahagianya kawan aku sekarang, ada segalanya…tapi aku tak punya apa-apa.” Dalam hidup ni, semua orang ada masalah dan menghadapi saat-saat yang sukar. Yang penting bagaimana penyelesaian kita dan cara kita menghadapi masalah. Bukankah semua nya bergantung pada pemikiran dan penerimaan kita.
Oleh itu hargailah nikmat yang dikurniakan oleh Allah sebelum kita ditimpa masalah dan ingatlah Allah selalu.. Redha dan berharap lah kepada Allah. Allah itu Maha Adil pada hamba Nya.

Tapi sampai sekarang tak dapat jodoh and kerja…sabarlah hati, tapi macam mana nak rebut masa muda sebelum tua kalau sampai sekarang tak de rezeki bab jodoh and kerja ni…?


Sunday, January 30, 2011

i pRomiSE


Dah tunaikan ke janji-janji manis yang ditaburkan selama ni? Jangan tahu berjanji je ye.. bukan apa, cuma mengingatkan yang terlupa. Bila dah berjanji kena lah ditunaikan.. tak nak lah digolongkan sebagai orang munafiq…(yakni apabila berjanji ia mungkiri).
Sebelum dapat sesuatu, macam-macam yang dijanjikan. Semuanya indah belaka. Apabila dinaikkan pangkat, saya nak tunaikan haji. Bila pangkat dah naik, gaji bertambah, buat-buat lupa lak janji pada Allah..konon-kononnya duit tak cukup lagi. Mana nak cukupnya kalau duit bertambah, perbelanjaan pun bertukar daripada keperluan kepada kehendak yang mewah-mewah…
Macam mana janji pada kawan, dah tunaikan ke? Tak kisah lah perkara remeh pun, yang penting janji kena tepati. Kalau janji pukul 9, pukul 9 lah. Jangan lewat-lewat, takut termasuk golongan yang mungkir janji lak..!
Kerbau pegang pada talinya..manusia berpegang pada janji nya..! so selamat menunaikan janji dan jangan berjanji apa yang tak mampu dilaksanakan….!!!!!

Ehhh…tadi saya janji apa ek pada awak…???? Sori, terlupa… (selalu macam tu, bosan kan dengar alasan gitu dari dulu sampai sekarang tak berubah…)


Friday, January 28, 2011

sMiLe...sMiLe...sMiLe...


Alangkah cantiknya makhluk ciptaan Allah apabila tersenyum..
Betapa indahnya budi pekerti apabila pertemuan dimulai dengan senyuman…
Senyumlah seindah suria…           
Kerana dengan senyuman mu itu terjalinlah ikatan…

Usah dihitung nilai sebuah senyuman..
Kerana nilainya terlalu tinggi, terlalu berharga…
Memanglah tidak perlu membayar senyuman yang diberikan..
Tapi nilai senyuman itu terbukti berharga bagi orang yang melihat kita tersenyum…

Bayangkan sehari tanpa senyuman..
Konon-kononya untuk boikot senyuman…
Dah boringlah asyik tersenyum bila jumpa kawan..
Tak nak lah senyum pada awak lagi…
Penatlah mulut nak ukir senyuman…
Ada lagi yang kata, senyuman saya tak cantikla..
Tu yang malas sangat nak senyum…

Apalah salahnya murahkan senyuman mu itu,
Kan ke senyuman itu satu sedekah,
Tak payah nak keluarkan modal pun,
Just bermanis mulut je…
Tak susah pun nak senyum..
Rasanya nak tarik muka masam lagi la susah..
Betol tak?????


“Senyumlah…senyumlah aha cik mek molek…”

aLLah...aLLah...aLLah


  • Apa yang kita rasa baik untuk kita, tidak semestinya baik untuk kita…
  • Dan apa yang kita rasa tidak baik untuk kita, tidak semestinya tidak baik untuk kita…
  • Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan amat tahu apa yang terbaik buat kita..
  • Terimalah segala pemberian Allah dengan penuh kesyukuran..
  • Dan redhalah dengan setiap ujian yang diberikan Allah buat kita..
  • Bersabar dan terus bersabar..
  • Mohon pertolongan dari Allah…
  • Semoga kita tidak menjadi hamba yang kufur..

Tuesday, January 25, 2011

keAmpUNan Mu yA AllAh


Ya Allah,
Berilah aku ketabahan untuk mengharungi ujianMu ini
Sesungguhnya aku insan yang mudah lupa dengan nikmat pemberian Mu
Apatah lagi untuk bersyukur
Aku sering lupa pada Mu
Tapi Engkau tak pernah lupa untuk mengurniakan rahmat dan nikmat Mu yang menggunung tinggi kepada ku

Ampunkanlah diri ini yang sering lupa untuk mengejar cinta Mu
Walau ku tahu cinta Mu yang hakiki, yang abadi, yang membahagiakan dan semurni cinta
Tapi diri yang lalai ini sering mendambakan cinta dari insan ciptaan Mu tanpa mendahulukan cinta kepada sang Pencipta
Betapa hinanya aku sebagai hamba yang sering melupakan Mu

Kini setelah dikecewakan baru ku tahu betapa tinggi nya langit yang kujunjung selama ini
Baru kusedar betapa cinta Mu pada ku tidak pernah pudar dan berkurang buatku
Berbanding cinta sesama manusia yang hanya bersifat sementara dan mudah berubah
Alangkah indahnya jika aku menyedari dari dahulu lagi
Lantas cinta ini kuserahkan kepada Mu dan rahmat Mu ku dambakan.

Ku harap penyerahan cinta ku kepada Mu masih belum terlambat
Terimalah taubat ku ya tuhan ku, allahu rabbi…
Terimalah cintaku ini dan maafkanlah diri ini di atas dosa dan kesilapanku terhadap Mu selama ini