jauh sudah ku melangkah
walau penat tetap diteruskan
kadang jatuh
bangkit untuk meneruskan langkah
kadang rebah tersungkur
mujur ada yang sudi menolong
tolong beri semangat
malah ada yang tolong tengok
adat dunia
tiada yang senang
semua kena usaha lebih
yang bulat takkan datang bergolek
yang pipih takkan datang melayang
berusahalah selagi terdaya
teruskan melangkah selagi mampu
berjuanglah demi diri dan agama mu
jangan berputus asa
jangan berpatah arah
tapi tekadkan hati untuk terus berjuang
kuatkan kaki mu untuk melangkah
semarakkan semangatmu untuk berusaha
sesungguhnya perjuangan ini belum selesai
selagi hidup berjuanglah
jangan sampai korbankan diri pada yang tak sepatutunya
kerana dirimu begitu berharga
No comments:
Post a Comment