kLik!kLik!!!

Monday, May 16, 2011

sELamAt hARi gURu


Mengenali mu satu anugerah yang terindah

Bersama mu ku mula mengenal erti hidup

Bersamamu ku ku bahagia




Terima kasih guru

Kerana ajarkan aku membaca

Ajarkan ku mengira

Ajarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat



Kerana mu guru

Anak-anak ini yang dahagakan ilmu

Mula menjadi insan yang penuh ilmu di dada

Dari buta huruf kepada celik segalanya

Betapa besar pengorbananmu

Tak dapat dibalas dengan wang ringgit jasamu itu



Kerana keikhlasan mu guru

Ilmu yang tercurah itu akan bertambah keberkatan

Bagimu cukuplah kejayaan anak-anak didik mu sebagai balasan untuk buatmu tersenyum bangga

Bangga kerana dapat membentuk jiwa yang berilmu



Terima kasih buat semua guru

Teruskanlah khidmat cemerlang demi anak bangsa

Selamat hari guru…..

2 comments: