hidup ini umpama roda. kadang berada di atas kadang berada di bawah. itulah lumrah perjalanan kehidupan setiap makhluk ciptaan Allah.
tatkala berada di atas terasa dunia ini milik kita. itulah keangkuhan kita, cepat lupa diri dan asal kejadian. terlalu ego dan buat-buat lupa orang sekeliling yang membantu kita.
tapi apabila awan mendung singgah menyapa, tatkala pusingan roda telah berada di bawah... kita mula sedar diri. mulut akan selalu meyebut Allah..saat itu baru terpandang teman-teman di sisi. tanpa segan silu terlintas untuk meminta pertolongan.
siapa pun kita, selalu lah berpijak di bumi yang nyata. jangan terlalu sombong dengan apa yang kita miliki. apa yang kita ada hari ini bukanlah milik kita yang mutlak kerana ia adalah sekadar pinjaman untuk menguji kita. apabila kita mendapat rezeki lebih, memberilah pada yang berhak.. insyaallah akan bertambah keberkatan dalam rezeki yang kita dapat.
kLik!kLik!!!
Friday, July 29, 2011
Wednesday, July 13, 2011
tAbAhKaN hAti
setelah sekian lama meyepi
baru terlintas untuk kembali meluahkan
meluahkan segala yang terbuku di hati
segala suka dan duka yang dilalui
ini lah kehidupan yang penuh dengan ujian dan dugaan
saat hati mula menyayangi
hadir rasa sakit ditinggalkan
benarlah kata orang
"akan tiba saatnya kamu harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang yang kita sayang itu akan lebih bahagia dan tenang apabila kita melepaskannya..."
jadi dengan berat hatinya kulepaskan dirimu
kudoakan kebahagiaanmu
walau tak sanggup tapi mungkin itu yang terbaik buat kita
sekalipun sakit hari ini menerima kenyataan
insyaallah semua akan baik-baik saja dengan izin Allah
sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya
Allah tak akan menguji apa yang tak mampu kita tanggungnya
ya Allah...
berilah kekuatan untuk ku teruskan perjuangan hidup ini
bersama dengan ramai lagi orang yang penyayang...
walau tanpa mu ku pasti akan terus tersenyum...!!!!!!

Saturday, June 25, 2011
sori...sayang!!!
salam buat semua....
nak buat ape ek? tak tau nak buat apa, tapi nape la malas sangat nak buat entry.
awak... saya rindula pada awk. jgn lah marah-marah sy ganggu masa awak keje. awak kan tau saya takde kerje. yang saya tau, saya suka ganggu awak...hahaaha...!!!
korang pernah ke kena marah sebab suka ganggu orang? ala, orang tu pun satu... tak pandai nak hargai orang yang dah susah payah nak rindukan dia. bukan senang nak jadi orang yang dirindui. bangga apa.... tapi dia tak, suka, melatah nak marah...tension konon.
takpela... lepas ni saya tak ganggu awk,k...!! sori la sayang...

Wednesday, June 15, 2011
tAk pErLu kAtA aPa-ApA
salam keceriaan buat semua. semoga hari yang indah memberi sejuta keindahan dalam hidup kita.
lupakan semua sengketa. mulakan dengan kedamaian. biar tenang hati mu. kerana kita hidup bukan untuk bersedih.
kala derita melanda, tabahkan hati... ingatlah hidup ini satu perjuangan. perjuangan yang belum selesai selagi kita masih bergelar hamba Allah. banyak ujian dan dugaan yang harus ditempuhi. cekalkan hati mu... pandanglah dunia dan kehidupan ini dari sudut yang positif.
nescaya hidup mu akan lebih gembira apabila tidak terlalu memikirkan yang susah-susah. jalani lah hidup ini apa adanya. jangan meminta lebih dari kemampuan. tak salah mengharap dan berusaha, cuma jangan lebih-lebih sangat. kalau kecewa pun tak lah sakit sangat.
Sunday, June 12, 2011
bUat bOdOh jer
alamak....!!! dah berhabuk la kat cni. lama sgt tak update.kadang2 terfikir nak menyepikan diri... kadang2 lagi boring bila tak online ni. apa la nak jadi dgn pemikiran ni...
wahai pemikiran...fikirlah positif. hidup mesti diteruskan walau banyak ujian dan halangan yang harus ditempuhi. adatlah dunia, tak penuh sunyi dari ujian. yang penting ambil yang jernih buang yang keruh... maknanya fikirlah sendiri....!!
janganlah ambik kisah sangat apa orang kata pada kita.. kalau betul apa yang dikata, berubahlah buat baik... lau orang mengata bukan-bukan, biarlah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. buat bodoh jer.... lau terlalu memikirkan nanti kita gak yang akan stress...!!!!

Friday, June 3, 2011
sELamAT pENgaNTiN bARu
Huh…!!!!!! Ramainya orang dah kawin. Semua berebut buat musim cuti sekolah. Padahal yang kawin nya bukanlah cikgu-cikgu. Dan takkan mungkin budak-budak sekolah lak.
Tak kisah lah… yang penting selamat pengantin baru buat yang baru melangsungkan perkahwinan. Semoga perkahwinan mendapat keberkatan Allah dan restu keluarga. Hiduplah aman damai dan amalkan toleransi. Insyaallah takkan rugi mengalah demi yang tersayang.
Apabila tiba musim orang kawin ni, sayu je rasa hati… yela, tengok orang gembira dan meriah je majlis..
Jeles tau..!!! bila la akan dapat merasa semua tu…eeeiiiii, tak sabarnya. Tapi sayang nye, jodoh tak sampai lagi. Yang tak suka nya, ramai yang asyik tanya bila nak kawin…???? Ala makcik ni…bukan tak nak kawin tapi tak sampai masa lagi. Janganlah asyik tanya soalan sensitive gitu.
Sedihnya…. Saya nak kawin cepat-cepatlah. Tak nak jadi andartu…!!!!!
Monday, May 30, 2011
biArKaN ciNTa mENcaRi ciNta
best ke bercinta? penatlah nak bercinta kalau tak dihargai. asyik kita je yang nak kena mengalah, nak kena faham dia.. tapi pernah ke dia nak ambik tau hati kita.. susahkan bila dua hati nak jadi satu. lain orang lain citarasa. lain hati lain la yang dirasa.
saat indah bersama, bergelak tawa... memang indah sekali. kalau bisa kuundur waktu mahu saja terus berada dalam saat yang indah itu.. melakar kenangan indah bersama orang yang tersayang sesuatu yang amat bermakna.
Sedangkan lidah lagikan tergigit. Inikan pula kita manusia biasa. Tak lari dari melakukan kesilapan. Apabila hati dah sayang, makin kuatlah rasa cemburu… makin berlaku lah salah faham. Hatta dalam hal-hal yang remeh.
Sayang… maafkan diri ini andai melukai hati mu. Selagi masih ada cinta, selagi masih ada rindu… kita akan terus bersama.
Wednesday, May 25, 2011
kAiL dAn LaUtAn
“Kalau kail panjang sejengkal,
lautan dalam jangan diduga”
Lumrah kehidupan, penuh onak dan duri
Pelbagai rintangan harus dilalui
Tiada yang dapat diperolehi dengan mudah
Buatlah sesuatu dengan sebaiknya
Jangan menyalahkan orang lain
Sunday, May 22, 2011
kErjA oH kErJa
Boring nyer la…
Tak tau nak buat ape
Nak buat entry pun malas
Conteng-conteng kertas jer rajin
Macam fikiran gak yang bercelaru
Nak cari kerja tak dapat lagi
Nak buat apa yer…?
Sape ada kerja yang sesuai untuk saya…?
Nak gaji beribu-ribu lemon
Nak kerja yang mudah-mudah
Nak sume yang best-best
Yang penting jangan marah-marah yer
Kita kerja sama-sama
Wednesday, May 18, 2011
mEncARi CiNtA
mencari cinta sejati
ke mana menghilang
apa mungkin merajuk
lalu meninggalkan diri ini sendirian
mencari arah tuju dalam hidup
duhai cinta
hadirlah dalam hidup ini
bukan sekadar untuk ditangisi
tapi untuk buat diri rasa lebih dihargai
lebih disayangi
lebih merasa nikmat kehidupan
Monday, May 16, 2011
sELamAt hARi gURu
Mengenali mu satu anugerah yang terindah
Bersama mu ku mula mengenal erti hidup
Bersamamu ku ku bahagia
Terima kasih guru
Kerana ajarkan aku membaca
Ajarkan ku mengira
Ajarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat
Kerana mu guru
Anak-anak ini yang dahagakan ilmu
Mula menjadi insan yang penuh ilmu di dada
Dari buta huruf kepada celik segalanya
Betapa besar pengorbananmu
Tak dapat dibalas dengan wang ringgit jasamu itu
Kerana keikhlasan mu guru
Ilmu yang tercurah itu akan bertambah keberkatan
Bagimu cukuplah kejayaan anak-anak didik mu sebagai balasan untuk buatmu tersenyum bangga
Bangga kerana dapat membentuk jiwa yang berilmu
Terima kasih buat semua guru
Teruskanlah khidmat cemerlang demi anak bangsa
Selamat hari guru…..
Saturday, May 14, 2011
tANdA bErkUAsA
Di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan kamu isteri-isteri dari jenismuu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan Nya diantara kamu rasa kasih dan sayang. sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Dan di antara kekuasaan Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagiaan dari kurnia Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.
Dan di antara kekuasaan Nya Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradat Nya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggilan dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).
Dan kepunyaan Nya lah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya tunduk kepada Nya.
(ar- Rum: 20-26)
Subscribe to:
Posts (Atom)