kLik!kLik!!!

Thursday, March 31, 2011

1 mALaySiA



“wahai manusia….! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Dan Kami jadikan beberapa bangsa dan suku puak supaya kamu mengenal antara antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih bertaqwa.  Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha mengerti”

(surah al-Hujarat ayat 13)


Lihatlah di sekeliling kita.  Terdapat pelbagai bangsa. Ambil saja contoh mudah Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Manusia dijadikan daripada pelbagai bangsa supaya kita saling mengenali dan merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.. hubungan silaturrahim tidak hanya terhad kepada bangsa yang sama malah kepada semua orang.


Hidup kita ini saling memerlukan dan saling bergantung satu sama lain. Tidak kira lah dalam apa bidang sekalipun termasuklah dalam bidang ekonomi, pendidikan, pertahanan dan sebagainya. Ini semua penting untuk memajukan diri dan Negara. Tidak boleh ada sikap pentingkan diri sendiri. Orang yang hanya pentingkan diri sendiri susah nak maju.


Setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri. Jadi apabila kita bersatu dan saling mengenali maka mudahlah bagi kita untuk bertukar pendapat dan berbincang.  Dengan ini tercetuslah idea-idea yang baru yang lebih kreatif dan inovatif untuk kepentingan bersama.


Adakah kita cukup mengenali orang-orang yang di sekeliling kita?


Wednesday, March 30, 2011

kEiNdAhAN hiDUp



Hidup ini tak selalunya indah

Adakalanya cerah adakalanya mendung

Kadang-kadang banjir yang melanda

Hidup belum tentu seindah mimpi yang diidamkan

Mimpi yang indah belum tentu menjadi kenyataan

Kerana apabila terjaga maka hilanglah mimpi itu

Seandainya gerimis melintasi perjalanan laramu pada musim yang mendatang

Tabahkanlah hatimu

Ingatlah pada sang Pencipta

Mengadulah pada yang Satu

Serahkanlah sepenuh jiwa mu pada Nya

Nescaya kau takkan kecewa


Tuesday, March 29, 2011

Terima kasih cinta


Bersamamu aku mula mengenal erti rindu
Bersamamu aku belajar menyayangi
Bersamamu aku mengecapi nikmat bahagia
Bersamamu aku tahu nilai kemanusiaan

Kau juga bisa buatku menangis
Kau buat aku derita
Kau buat aku merana
Kau buat aku kesepian

Namun…
“Terima kasih cinta”
Kerana hadir dalam hidupku
Ku bahagia kerana mu

Monday, March 28, 2011

sOAL nyA hATi



Bila ditegur hati akan terguris

Bila disakiti hati akan menangis

                             Bila dikeji hati akan berdendam 

Bila dikasari hati akan berkecil

Bila dibiarkan hati akan memberontak

Tetapi apabila dipuji hati akan gembira


Itulah hati…macam-macam boleh jadi dengan hati. Apa khabar hati mu sekarang? Baikkah duhai hati….??? Hati-hati dalam menjaga hati. Apakah hati mu mendapat ubat yang sesuai…? 

Ubat yang terbaik untuk hati adalah optimis. Terima apa adanya yang terjadi. Semua orang ada hati. Jadi janganlah menyakiti hati orang lain, insyaallah hatimu jua akan tenang. Bila hati tenang, hidup akan gembira. Ajarkan pada hatimu agar bersyukur. Besarkan hatimu dalam menerima kebaikan orang lain. Yang penting didiklah hati kita agar tidak mudah berkecil hati dengan layanan orang pada kita.

Terapi hati adalah pujian. Kata-kata manis bisa membuat hati berbunga indah lantas bibir akan mengukir senyuman. Dengan senyuman terjalinlah ikatan kasih sayang dengan pemilik hati yang lain. Apabila ada ikatan hati dengan pemilik hati yang lain, jagalah hati tersebut. Sesungguhnya hati itu sangat rapuh dan mudah berkecai jika tidak mendapat jagaan yang elok. 

soalnya hati...hati-hati dengan hatimu

Sunday, March 27, 2011

mENgEjAr miMPi bErsAmAmu




Biarkan bunga berkembang
Di atas tangkainya
kerana itulah fitrah ciptaan Allah
jagalah keindahan bunga itu sebaiknya


Bunga berkembang di dalam hati
semikan dengan kasih dan sayang selayaknya
jangan dicemari indah percintaan
indah bunga jangan dibiarkan gugur kerana kumbang


Tiba-tiba hatiku menjadi sayu
Terkenangkan diri mu yang jauh
Ohh bintangku
terasa semuanya bagaikan mimpi
mimpi indah di siang hari
aku dan diri mu...
Mengejar mimpi bersama....!!!!



(bunga rindukan bintang)

Saturday, March 26, 2011

tOLoNg iNgAtkAN aKu


Anda bahagia sekarang? Jangan sedih-sedih ye. Penatlah nak menangis lagi. Saya nak hidup ‘happy go lucky’.


                         Tolong ingatkan aku agar;


 Jangan bersedih kalau kita miskin harta… Tapi bersedihlah apabila tiada ilmu

Jangan ditangisi kalau kita ditimpa musibah…. Tapi ingatlah itu semua dugaan Allah

Jangan dikesali kalau kita tidak cantik…. Tapi sedarlah kecantikan akhlak lebih utama

Jangan kecewa ditinggalkan…. Tapi sematkan di hati ‘bertemu berpisah kerana Allah’

Jangan disalahkan pada takdir… Tapi yakinlah dengan ketentuan Allah

Jangan berputus asa untuk hidup…. Tapi teruskan hidupmu dengan rahmat kasih sayang Allah

Jangan berprasangka buruk pada orang lain…. Tapi terimalah kenyataan semua orang ada kelebihan dan kekurangan.

Jangan  simpan dendam di hatimu…. Tapi belajar memaafkan kerana Allah pun maha pengampun

Jangan membazir airmata mu itu…Tetapi berdoalah semoga diberi ketenangan

Jangan jadi seorang yang pesimis….. tapi optimislah tentang hidup ini dan apa yang terjadi di sekelilingmu


Siapa pun kita, kita berhak untuk bahagia.. Allah jadikan kita cukup istimewa berbanding makhluk lain. Ambillah yang jernih, buangkan yang keruh.  Senangkan petua untuk bahagia..pendek kata, jadilah seorang yang “OPTIMIS” insyaallah hati akan tenang dan hidup bahagia.